Korang tau tak, apabila orang mengomen entri kita dengan merapu dan jawab entah apa-apa, rasa annoying je. Aku tak kisah kalau diorang nak merapu sebab kepala aku pun memang sewel-gila-gila bahasa. Tapi rasa sangat jerk dan jijik pula bila komen nak tunjuk diri pandai dan entah apa-apa.
-Ada juga yang komen sekadar nak balas komen je. Erm, bosan la nak membaca apatah lagi nak menjawab soalan dan mengomen diorang tu. Komen tak ikhlas, kita nak membaca pun rasa malas.
-Ada juga jenis nak tunjuk perasaan. Orang tanya sikit je, marah. Ah, menyampah la.
Nasib baik la ada blog ni, kan? Sekurang-kurangnya ada juga tempat untuk aku meluahkan perasaan.
So, kalau nak komen, sila la jaga hati dan perasaan si penulis blog. Apa, ingat dia tak ada perasaan ke? Suka hati je. Ikutkan hatiku ini, malas nak kunjung balik ke blog diorang tu. Tapi memandangkan aku ni blogger terkenal juga maka, aku pun kena la lawat balik.
Jadilah blogger yang disenangi ramai =)
Izinkan undur diri.
Jaga diri
Sha Dreamy