Sunday 3 December 2017

8 Punca Batu Karang Buah Pinggang Dan Cara Mencegahnya

8 Punca Batu Karang Buah Pinggang Dan Cara Mencegahnya

Seorang remaja lelaki datang ke klinik X dan mengadu sakit di bahagian bawah perut sebelah kanan. Kalau kat sebelah kanan sakit, tipikal mesti appendicitis (keradangan appendiks – orang Malaysia pangggil appendiks walaupun appendiks ialah sebahagian daripada usus).Setelah ujian air kencing dijalankan, doktor Y mendapati remaja kencingnya berdarah dan sekarang diagnosis bertukar kepada batu karang. Setelah buat X-Ray semua, sahlah remaja ini mempunyai batu karang pada saluran kencingnya. Nasib baik saiz batu itu masih kecil, jadi bagi ubat untuk pecahkan batu dan nasihat supaya banyakkan minum air masak.
Pemantauan seterusnya mendapati, batu karang itu sudah hilang. Baguslah adik, kata saya. Muda-muda lagi dah kena penyakit macam ni. Mesti jaga makan ok.
Sakit yang dirasa apabila batu karang bergerak dalam saluan kencing dikatakan antara sakit yang sangat sakit. Secara logiknya, tentulah sakit kerana batu karang berbentuk kristal dan tajam. Jika melalui saluran yang sempit, tentu akan mengakibatkan kesakitan.

Faktor Menyebabkan batu karang

1.Kurang minum air – Jika kurang minum air, kencing akan menjadi lebih pekat. Jika kencing lebih pekat, mudahlah untuk pembentukan kristal yang akhirnya akan menjadi batu.
2.Sejarah keluarga atau diri-sendiri – Ini tak lain tak bukan masalah pemakanan yang sama dalam keluarga, seperti juga penyakit kencing manis dan penyakit metabolik yang lain. Orang yang pernah terkena penyakit batu karang juga perlu berhati-hati kerana risiko untuk berulang adalah tinggi.
3.Umur – Kes batu karang paling tinggi dikalangan orang berusia 20 hingga 70 tahun.
4.Jantina – Lelaki lebih mudah mengalami penyakit batu karang berbanding wanita.
5.Penyakit lain – Penyakit-penyakit metabolik seperti hyperparathyroidism (kelejar yang terlibat dalam metabolisme kalsium terlebih aktif), hyperthyroidism (kelenjar thyroid terlebih aktif menyebabkan pengeluaran mineral daripada tulang dan pengumpulan kalsium) sistinuria (penyakit metabolik yang diwarisi yang menyebabkan sistin berlebihan dalam tubuh dan menyebabkan batu jenis sistin).
5.Suplemen vitamin D berlebihan dan tidak seimbangkan dengan kalsium dan magnesium.
Malahan penghidap kencing manis dan tekanan darah tinggi turut berisiko untuk mendapat penyakit ini terutama mereka yang menghidap Cushing Syndrome (masalah berkaitan hormon)

6.Kesan sampingan ubat – Ubat-ubat seperti diuretik meningkatkan pengeluaran air kencing, lalu menyebabkan kencing semakin pekat.
7.Pemakanan – Makanan yang tinggi protein purin seperti hati, jantung, limpa, daging merah dan makanan laut yang bercengkerang. Daging merah khususnya mengandungi kandungan fosforus yang tinggi, jadi menyebabkan lebih banyak kalsium dikeluarkan melalui air kencing. Selain itu alkohol dan diet kurang serat turut memberi kesan yang sama.
8.Kurang aktif – Individu yang kurang aktif atau terlantar sakit adalah lebih berisiko kerana tulang membebaskan kalsium ke dalam salur darah dalam individu ini.

Jenis-jenis batu karang

Batu karang ada beberapa jenis bergantung kepada campuran bahan-bahan yang membentuknya.
1.Batu kalsium – Jenis batu paling lazim yang merupakan campuran 2 bahan, iaitu kalsium dan oxalate. Pesakit batu jenis kalsium seharusnya mengurangkan gula atau makanan jenis karbohidrat yang diproses. Kerana peningkatan gula dalam darah akan meningkatkan penghasilan insulin, menyebabkan lebih banyak pengeluaran kalsium melalui buah pinggang, jika ditambah dengan kurang minum air, makan kalsium tadi akan membentuk kristal.
Mereka yang berisiko tinggi untuk mendapat batu karang jenis kalsium mendapat manfaat daripada makanan vegetarian yang berserat tinggi kerana pecahan protein haiwan ialah asid urik dan asid oxalik yang mana terlibat dalam pembentukan batu karang.
2.Batu struvite – Lebih banyak berlaku kepada wanita berbanding lelaki. Biasanya disebabkan oleh jangkitan bakteria pada saluran kencing yang menghasilkan enzime tertentu yang meningkatkan kandungan ammonia dalam air kencing sehingga membentuk kristal struvite
3.Batu asid urik – Peningkatan asid urik dalam badan disebabkan oleh metabolisme protein haiwan.
4.Batu sistein – Pembentukan batu karang jenis ini jarang berlaku dan hanya berlaku dalam individu yang mempunyai penyakit genetik : sistinuria , yang menyebabkan buah pinggang menghasilkan asid amino sistin dalam jumlah yang banyak sehingga menyebabkan pembentukan batu.

Simptom batu karang

1.Sakit pada bahagian belakang badan dan sisi di bawah tulang rusuk. Biasanya terjadi apabila batu dah besar dan menyekat aliran air kencing. Sakitnya boleh sampai ke telur zakar bagi lelaki. Kadang-kadang boleh rasa sakit itu bergerak ke depan apabila batu ditolak oleh air kencing. Ramai orang yang menghidap batu karang mengatakan sakit yang teramat sakit. Dari 10 poin, dia cakap 10. Ada juga orang cakap, bagi wanita, sakit yang paling sakit ialah melahirkan anak. Bagi lelaki pula, batu karang lah. Sakit ini juga tidak berterusan. Apabila batu tidak bergerak atau ditolak ke dalam pundi kencing, sakitnya juga akan hilang.
2.Kencing berdarah
3.Kencing berpasir
4.Air kencing keruh dan busuk
5.Rasa pedih ketika kencing dan mungkin demam jika terdapat jangkitan pada salur kencing

Pemakanan Untuk Si Pesakit Batu Karang

Untuk batu yang kecil, dinasihatkan anda minum air dengan banyak dan doktor akan bekalkan sejenis garam potassium citrate yang boleh memecahkan batu menjadi saiz lebih kecil kerana batu itu akan keluar melalui air kencing namun untuk batu yang besar, prosedur ESWL iaitu pemecahan batu dengan laser atau pembedahan mungkin diperlukan kerana sekali batu terbentuk, batu perlu dipecahkan sebelum dikeluarkan melalui air kencing.

Bagi mengelakkan pembentukan batu, pemakanan di bawah boleh diamalkan.
Selain menambahkan makanan yang tinggi serat dan mengurangkan protein haiwan, pengambilan garam yang tinggi juga boleh meningkatkan kehilangan kalsium daripada air kencing, yang turut menyumbang kepada pembentukan batu karang. 
Vitamin D meningkatkan penyerapan kalsium daripada usus dan pengeluaran kalsium dari tulang yang juga turut menyebabkan batu karang pada sesetengah orang yang mempunyai risiko. Disebabkan susu diperkaya dengan vitamin D, maka mungkin ini salah satu sebab kejadian batu karang kepada pengguna produk tenusu. Selain itu, kafein juga meningkatkan kalsium dalam air kencing.
Untuk batu jenis oxalate pula, seseorang harus mengehadkan pengambilan makanan tinggi oxalate. Makanan tinggi oxalate termasuk : kacang, koko, kopi, parsley, bayam, teh, lobak merah, seleri, anggur, kale, lada hitam dan ubi keledek. Alahai, banyaknya kan?
Pengambilan pyridoxine (vitamin B6) yang tidak lebih 150mg sehari banyak membantu untuk mengurangkan pembentukan baju karang jenis oxalate. Mengurangkan makanan tinggi oxalate kurang membantu dalam penyingkiran oxalate dalam air kencing, tapi vitamin B6 jauh lebih baik untuk mencegah batu karang jenis oxalate secara keseluruhan.

Kekurangan vitamin A dan K juga menjadi penyebab pembentukan batu karang. Ini disebabkan oleh kedua-dua vitamin ini diperlukan untuk membuat protein yang ditemui di dalam air kencing yang mengelakkan pembesaran kristal kalsium oxalate. Mengambil suplemen asid glutamic (sejenis asid amino) dan jus aloe vera mungkin perlu untuk mencegahan dalam beberapa kes batu karang.
Bagi batu karang jenis asid urik pula, amalan pemakanan vegetarian, suplemen asid folik dan potassium citrate sangat membantu. Citrate adalah perencat kepada pembantukan batu karang yang biasanya disarankan oleh beberapa pakar yang merawat batu karang. Paras citrate yang rendah telah ditemui didalam 20 hingga 60% pesakit batu karang. 

Elakkan pengambilan alkohol kerana alkohol meningkat asid urik, kalsium dan fosfat di dalam air kencing dan mengurangkan vitamin B6 dan magnesium yang menolong mencegah pembentukan batu karang.

Vitamin C dalam dos yang tinggi (lebih daripada 6,000mg sehari) dikatakan boleh meningkatkan pembentukan batu karang, namun sebenarnya tiada kajian yang membuktikan dakwaan ini. Malahan terdapat beberapa kajian yang diterbitkan mendakwa sebenarnya supelemen vitamin C boleh mengelakkan batu karang. Jika vitamin c digabung dengan magnesium citrate dan vitamin B6, pencegahan batu karang adalah lebih meyakinkan.
Cadmium yang berlebihan dalam badan juga sering menjadi punca batu karang. Cadmium berlebihan boleh disingkirkan dari badan dengan suplemen zink, vitamin B6, magnesium dan vitamin C. Last but not least, jika anda mempunyai sejarah batu karang, baguslah anda menghindarkan mengelakkan asid amino L-cystine secara berlebihan. Dapatkan nasihat doktor untuk tindakan yang terbaik untuk anda.

Tuesday 11 July 2017

Cara Pakai Lampin Pakai Buang (Pampers/Drypers)

Untuk ibu bapa baru, ramai yang tidak tahu malahan masih kekok untuk memakaikan bayi mereka dengan lampin pakai buang (pampers/drypers). Sha ajar kat sini. tengok gambar, ok.

Cara pakai lampin pakai buang (pampers/drypers)

Monday 10 July 2017

8 baby albums that are music to everyone’s ears

8 baby albums that are music to everyone’s ears
Best baby music albums that you will enjoy too.

Pretty much every parent has crooned a lullaby or has an album or song that works wonders for soothing their crying baby. Besides the obvious benefit of helping to calm your baby, music can help you bond with your baby and help their development. But repeated renditions of ‘Incy Wincy Spider’ will make anyone, well, wince. So here are 8 of our favourite baby music albums that won’t drive you crazy when you hear it for the hundredth time.

1. You Are My Little Bird by Elizabeth Mitchell
Elizabeth Mitchell’s warm, gentle voice on this simply presented selection of 17 short, soft and sweet songs makes for an intimate and beautiful recording. The collection features traditional folk tunes, original songs and even a Velvet Underground cover.

2. It’s A Big World by Renee & Jeremy
This album may not be a sing-along classic but will quickly become a key part of your baby’s bedtime ritual. Soft and gentle, Renee & Jeremy’s quiet harmonies over an acoustic guitar will lull your baby to sleep every time. The unexpectedly complex melodies and sophisticated lyrics ensure that mum and dad won’t mind repeated listenings.

3.Mind Of My Own by Frances England
Frances England’s upbeat tunes about bugs, bicycles and balloons are charming indie-pop songs that just happen to be for children. Playful without being childish, these songs don’t have repetitive verses or excessive instrumentation. They capture the wonder of childhood with a refreshing honesty.

4. Family Dance by Dan Zanes and Friends
Former rocker Dan Zanes combines conventional children’s songs with unexpected musical or lyrical arrangements, like an acoustic reggae mix of ‘Hokey Pokey’, for an album with an infectious groove and sense of humour. This is one of those albums that will entertain little ones and keep them interested as they grow.

5. Catch The Moon by Lisa Loeb & Elizabeth Mitchell
A lovely collection of originals, covers and traditional folk songs from various cultures with fresh and interesting arrangements, this one will be a favourite in your house for years to come. The soothing guitar and pure vocals make this album great for sing-alongs on road trips.

6. The Muppet Show: Music, Mayhem, and More
The Muppets have been entertaining both parents and children since 1976. This album brings together 27 of the best songs from the show, including Kermit’s classic ‘Bein’ Green’, ‘Rainbow Connection’ and ‘Movin’ Right Along’.

7. The Bottle Let Me Down: Songs For Bumpy Wagon Rides
This swinging compilation features a slew of alt-country stars, such as Robbie Fulks, Alejandro Escovedo, Kelly Hogan and Split-Lip Rayfield, on an intriguing mix of old sandbox favourites, countrified classics and rootsy, kid-appropriate originals. The upbeat numbers will have little ones clapping and moving and older kids have lots to sing and laugh along to. There are even a few slower numbers that will do well on any bedtime playlist.

8. No! by They Might Be Giants
The first They Might Be Giants album for kids features songs that wouldn’t be out of place on the rest of their quirky, playful albums. The sometimes absurd lyrics, clever production touches and musical allusions hidden throughout the 17 short, tightly executed songs make for an album that will keep the whole family happy.

copy from Huggies Club.
11 July 2017

Tuesday 20 December 2016

Badan Berangin Selepas Pantang




Badan senang dimasuki angin selepas tempoh pantang bersalin ni banyak puncanya. Antaranya:

1. Kerap berlapar. Kadang2 ibu asyik fikir nak berdiet sampai menjadi kembung. Dan angin ni boleh transfer kepada bayi melalui susu ibu juga ya.

2. Kurang minum air di dalam pantang. Nak selamat, amalkan minum air herba. Utk elakkan masalah kewanitaan di kemudian hari

3. Tidak pantang makan. Pemakanan ibu masa dalam pantang. Jika anda jenis tak berpantang makan dan makan makanan jenis berangin. pulut, nangka, cempedak, kubis, kacang panjang, kangkung, terung, keledek, keladi, rebung, pucuk paku, kentang, kacang dal, labu, soya, asparagus, petai, tembikai, tembikai susu, nangka, cempedak, pisang, sukun, sengkuang.

4. Amalan minuman berangin seperti teh dan milo (sesetengah ibu mudah berangin dengan milo) dan juga soya

5. Amalan pemakanan nasi sejuk
atau nasi yang dipanaskan banyak kali. Sama juga pemakanan laksa, bihun dan kuewteow di dalam pantang.

6. Amalan pemakanan lauk
atau minuman yang tidak dipanaskan sepenuhnya (ada sisa2 sejuk)

7. Tidak memakai stokin.

8. Tidak memakai baju lengan panjang dan seluar panjang/kain batik yang menutup seluruh kaki.

9. Tidak memakai param atau lulur dan juga berbengkung yang mengelakkan angin jahat dari masuk ke dalam badan ibu ketika tempoh berpantang.

10. Tak bertuam dan bersauna herba. Kedua2 rawatan ini sangat2 terbukti dapat membantu mengeluarkan lebihan angin dari tubuh ibu.

11. Mandi waktu hujan, senja dan malam ketika dalam pantang.

12. Rajin berkipas dan berair cond ketika dalam tempoh berpantang

13. Tidak lawas dan sembelit

14. Suka keluar rumah di waktu senja dan malam ketika dalam pantang.

15. Tidak amalkan pemakanan herba
yang membantu mengeluarkan lebihan angin dari dalam badan ibu. Angin mudah memasuki badan ibu ketika waktu hamil. Dan kadang2 pemakanan ibu yang tidak sihat dan juga akibat kurang selera akibat loya mengakibatkan ibu hamil ini sangat2 mudah dimasuki angin.


Cara mencegah masalah angin di dalam badan ibu.

1. Kawal pemakanan sejak mengandung. Elakkan makan makanan berangin dan elakkan  berlapar 

2. Pantau kelawasan pembuangan air besar. Makan makanan berserat dan herba yang melawaskan proses detoksifikasi.

 3. Belajar cara dan aturan berpantang yang betul

Cara menrawat masalah angin  yang dihidapi selepas tamat tempoh berpantang

1.Amalkan Phyto Natal dan Akar Herbanika NR (Nona Roguy) mengikut sukatan yang sesuai dengan anda -------> konsultasi 012-722 5184

. 2. Bertuam dan bersauna. Amalkan sehari sekali dan kurangkan apabila badan semakin selesa





Ehsan Ensiklopedia Perbidanan Melayu


3. Sapu Minyak Herbanika NR setiap kali selepas mandi dan sebelum tidur --------> pembelian 012-722 5184

4. Pantang balik makan dan minuman berangin. Kali ni lajak sehingga 6 bulan atau setahun ikut pada kondisi kesihatan badan. Once dah sihat, boleh makan semula makanan dan minuman2 yang dipantang tetapi dalam skala merasa dan besederhana.

5. Elakkan mandi malam dan minum ais.


Monday 2 February 2015

Blogging Guna Bloggandroid Lebih Mudah

Sudah lama aku mencari software yang membolehkan berblog di mana sahaja. Kini aku dah jumpa.


Tuesday 14 October 2014

Android untuk Pengguna Bijak

Bermacam aplikasi terdapat di pasaran yang menyambungkan talian internet ke seluruh dunia.

posted from Bloggeroid

Saturday 7 April 2012

My Malaysia

 My national flag has fourteen stripes that represent the states in Malaysia. There are seven red stripes and seven white stripes on it. There is a cresent adn a star on the flag.
The crescent and the star represent Islam as the official religion in Malaysia. The star with fourteen pointed ends represents the people of Malaysia living in harmony.
The crescent and the star are yellow in colour. Yellow is for loyaltym red for bravery, white for purity and the blue for peace and harmony.

We have official song named Negaraku which means My Country.
The official flower for Malaysia is hibiscus.
Malaysia located at South-Easr Asia. The neighbour by Thailand in North Peningsular of Malaysia, Singapore in South Peningsular of Malaysia.
Indonesia and Brunei are neighbour at East Malaysia (Borneo). Philipines also our neighbour.