Tuesday 27 December 2011

Perkhidmatan komuter lebih selesa mulai Februari 2012




Assalamualaikum.

Jom baca ni.

BATU GAJAH: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dijangka menyediakan perkhidmatan komuter lebih baik dan selesa bagi pengguna di Lembah Klang apabila empat daripada 38 set tren enam gerabak (SCS) mula beroperasi Februari depan.

Presiden KTMB, Dr Aminuddin Adnan berkata, ia sekaligus dapat mengatasi pelbagai masalah yang dihadapi oleh perkhidmatan sedia ada yang menggunakan set tren tiga gerabak (EMU) seperti kelewatan, kekurangan gerabak dan sistem tergendala yang menjejaskan keberkesanan perkhidmatannya.

"Kita mempunyai 25 set EMU yang setengah daripadanya perlu dibaik pulih yang mana ia perlu dilaksanakan secara berperingkat. Sekarang kita tidak boleh baik pulih set EMU kerana tidak mempunyai set tren yang mencukupi (bagi menampung penggunaan), sebab itu kadang-kala perkhidmatan komuter sering tergendala," katanya pada taklimat kepada media di Kompleks KTMB di sini hari ini.

Beliau berkata pada masa sekarang KTMB tidak berupaya untuk memendekkan waktu kekerapan perkhidmatan komuter kerana tidak mempunyai bilangan set tren yang mencukupi bagi menampung penggunaan.


KTMB akan meningkatkan keberkesanan operasi komuter dengan memendekkan waktu kekerapan perkhidmatan apabila mempunyai bilangan set tren yang mencukupi dengan ketibaan SCS tahun depan iaitu kekerapan perkhidmatan daripada 30 minit kepada hanya 15 minit pada waktu puncak, katanya. - Bernama

Sumber

Kataku: Bagus la kalau macam tu, tak la lama sangat nak tunggu untuk train belakang, terutama waktu puncak. Tapi kenapa 15 minit? Kenapa tak 10 minit macam keretapi bawah tanah atau keretapi laju, juga kosmo macam kat negara maju? Tak apa la, kita kan negara membangun, mana la boleh samakan dengan negara maju.

Korang suka naik komuter ke kenderaan sendiri terutama yang duk KL dan nak cepat daripada terperangkap dengan kesesakan lalu lintas?


Salam manis dariku.