Thursday 8 March 2012

Panduan Buat Kad Kahwin

Jakim: Kad kahwin patut elak guna ayat suci al-Quran

5 Mac 2012
JAKIM
















KUALA LUMPUR - Perbuatan mencetak ayat al-Quran dan hadis Nabi S.A.W pada kad jemputan kahwin boleh menjejaskan kesucian Islam jika kad-kad itu dibuang merata-rata, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha.

Beliau berkata tindakan tersebut juga mungkin boleh dikategorikan sebagai menghina ayat-ayat al-Quran. 
 
"Istilah-istilah suci dalam Islam seperti Bismillah, Assalamualaikum dan sebagainya tidak boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya kerana dikuatiri akan disalah guna dan diletak di tempat yang tidak sewajarnya," katanya kepada Bernama hari ini.
 
Namun Othman berkata pihak yang terlibat meletakkan ayat-ayat suci al-Quran dan hadis pada kad jemputan kahwin dipercayai berniat baik iaitu ingin memberi peringatan dan berdakwah kepada orang lain, bagaimnapun ia patut dielakkan.
 
"Jika bertujuan untuk memberi pengingatan hanya memadai dengan menulis maksudnya sahaja," jelasnya.
 
Beliau juga berkata pihak yang menerima kad jemput kahwin yang tertulis ayat al-Quran sepatutnya lebih prihatin dan menjaga kesucian ayat-ayat tersebut  dengan tidak membuang bahan yang mengandunginya di merata-rata tempat.
 
Katanya mengikut Garis Panduan Penapisan Bahan-bahan Penerbitan Berunsur Islam yang dikeluarkan Jakim, perbuatan membuang bahan-bahan yang mengandungi ayat-ayat al-Quran boleh dikategorikan sebagai perkara yang menyentuh kesucian Islam.
 
Beliau berkata pelupusan bahan-bahan penerbitan yang mengandungi ayat-ayat al-Quran sepatutnya dibuat mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri.
 
Sementara itu seorang pembuat kad perkahwinan, Mohd Natasha Md Nasir berkata pihaknya sentiasa menasihatkan pelanggan yang ingin mencetak istilah suci termasuk Bismillah supaya tidak berbuat demikian.

"Kalau ada pelanggan yang hendak cetak Assalamualaikum dalam tulisan jawi pun kita tak galakkan, sebaliknya kita cadang supaya ditulis dalam tulisan rumi sahaja," katanya. 
 
Seorang lagi pembuat, Nor Azli Masrudin berkata pihaknya akan turut menerangkan kepada pelanggan tentang pro dan kontra mencetak kalimah suci pada kad jemputan kahwin.
 
"Kita akan sediakan format standard, tapi kalau pelanggan nak juga cetak kalimah-kalimah suci kita kena ikutlah," katanya. - Bernama

Sumber
  • Zachary ·
    Mmg patut dielakkannnnnn...bgmna pemberian spt buku doa, buku yassin, yg diletak dlm pek gift, tp kdg, tetamu x sedar, campak atas tanah, bawah kaki kat meja mkn, dan pelbagai lg...
  • Khairudin Al-Limbati · 
    "Istilah-istilah suci dalam Islam seperti Bismillah, Assalamualaikum dan sebagainya tidak boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya kerana dikuatiri akan disalah guna dan diletak di tempat yang tidak sewajarnya," kata Ketua Pengarah JAKIM kepada Bernama hari ini
  • Zahrim Bee Bit ·
    memang sepatutnya kita peka.. jgn asyik seronok nak buat kenduri sehingga terleka akan hal secekil ini... sama la jg membawa Al Quran mini dan Surah Yasin di dalam beg baju atau beg tangan... tidak diletakkan bersepah dan menyebabkan dilangkah tanpa sengaja oleh orang...
  • Melati Sumari
    Sangat setuju... kad kahwin ada ayat Quran tapi kadang tu majlis nya masyaAllah- si pengantin mendedah aurat,
  • Fa Squall
    JAKIM sepatutnya tulus mengeluarkan kenyataan...kad kawen dbuang merata2??? sy jarang tengok...malahan kad kawen elok dletak dlm sampul surat...dgn pewangi lg...pembaca kad kawen siap cium lagi....sy rase JAKIM sepatutnya MENEKANKAN penggunaan ayat2 suci dalam surat khabar...kerana surat khabar la byk dijadikan alas...bungkus itu ini...maka colum Islamik dalam surat khabar perlu diteliti dr segi penggunaan ayat2 suci malahan nama Allah itu sendiri...
  • Shahrul Effandi 
    SOKONG 100% disusuli dgn kempen besar-besaran supaya masyarakat Islam mengetahui dan memahami kesannya ! Tak ada keperluan pun mencetak ayat-ayat suci tanpa memahami dan mengamalkannya....
  • Ustaz Fauzi
    o.k bagus tu..
  • Mohd Shlim
    mnchtak ayt Al Quran pd kd jmptn khwn jka kd tu di bung mrta tmpat bolh mnjjas ke scian islam

Kataku:

Rasanya ramai yang tak tahu, jadi aku kongsikan.
Semoga bermanfaat bersama =)

1 comment:

NUR AYNIE said...

kad kawen ni ingat plak ngn kak sedara yg nak kawen bulan 5..tp aini xdpt g huhuhu