Tuesday, 20 December 2016

Badan Berangin Selepas Pantang




Badan senang dimasuki angin selepas tempoh pantang bersalin ni banyak puncanya. Antaranya:

1. Kerap berlapar. Kadang2 ibu asyik fikir nak berdiet sampai menjadi kembung. Dan angin ni boleh transfer kepada bayi melalui susu ibu juga ya.

2. Kurang minum air di dalam pantang. Nak selamat, amalkan minum air herba. Utk elakkan masalah kewanitaan di kemudian hari

3. Tidak pantang makan. Pemakanan ibu masa dalam pantang. Jika anda jenis tak berpantang makan dan makan makanan jenis berangin. pulut, nangka, cempedak, kubis, kacang panjang, kangkung, terung, keledek, keladi, rebung, pucuk paku, kentang, kacang dal, labu, soya, asparagus, petai, tembikai, tembikai susu, nangka, cempedak, pisang, sukun, sengkuang.

4. Amalan minuman berangin seperti teh dan milo (sesetengah ibu mudah berangin dengan milo) dan juga soya

5. Amalan pemakanan nasi sejuk
atau nasi yang dipanaskan banyak kali. Sama juga pemakanan laksa, bihun dan kuewteow di dalam pantang.

6. Amalan pemakanan lauk
atau minuman yang tidak dipanaskan sepenuhnya (ada sisa2 sejuk)

7. Tidak memakai stokin.

8. Tidak memakai baju lengan panjang dan seluar panjang/kain batik yang menutup seluruh kaki.

9. Tidak memakai param atau lulur dan juga berbengkung yang mengelakkan angin jahat dari masuk ke dalam badan ibu ketika tempoh berpantang.

10. Tak bertuam dan bersauna herba. Kedua2 rawatan ini sangat2 terbukti dapat membantu mengeluarkan lebihan angin dari tubuh ibu.

11. Mandi waktu hujan, senja dan malam ketika dalam pantang.

12. Rajin berkipas dan berair cond ketika dalam tempoh berpantang

13. Tidak lawas dan sembelit

14. Suka keluar rumah di waktu senja dan malam ketika dalam pantang.

15. Tidak amalkan pemakanan herba
yang membantu mengeluarkan lebihan angin dari dalam badan ibu. Angin mudah memasuki badan ibu ketika waktu hamil. Dan kadang2 pemakanan ibu yang tidak sihat dan juga akibat kurang selera akibat loya mengakibatkan ibu hamil ini sangat2 mudah dimasuki angin.


Cara mencegah masalah angin di dalam badan ibu.

1. Kawal pemakanan sejak mengandung. Elakkan makan makanan berangin dan elakkan  berlapar 

2. Pantau kelawasan pembuangan air besar. Makan makanan berserat dan herba yang melawaskan proses detoksifikasi.

 3. Belajar cara dan aturan berpantang yang betul

Cara menrawat masalah angin  yang dihidapi selepas tamat tempoh berpantang

1.Amalkan Phyto Natal dan Akar Herbanika NR (Nona Roguy) mengikut sukatan yang sesuai dengan anda -------> konsultasi 012-722 5184

. 2. Bertuam dan bersauna. Amalkan sehari sekali dan kurangkan apabila badan semakin selesa





Ehsan Ensiklopedia Perbidanan Melayu


3. Sapu Minyak Herbanika NR setiap kali selepas mandi dan sebelum tidur --------> pembelian 012-722 5184

4. Pantang balik makan dan minuman berangin. Kali ni lajak sehingga 6 bulan atau setahun ikut pada kondisi kesihatan badan. Once dah sihat, boleh makan semula makanan dan minuman2 yang dipantang tetapi dalam skala merasa dan besederhana.

5. Elakkan mandi malam dan minum ais.


No comments: