Tuesday 20 March 2012

Apex Jadi Duta Puma, Untunglah





KUALA LUMPUR, 20 MAC 2012:

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Sungguhpun dikecam dengan pelbagai isu kontroversi, penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex, 23, masih dikurniakan rezeki yang melimpah.
Mungkin inilah berkat kesabaran dan kesungguhan jejaka dari Kelantan itu.
Apatah lagi dengan kewibawaan dirinya yang masih lagi konsisten dengan mempamerkan permainan yang cemerlang.
Kredibilitinya sebagai ahli sukan disegani telah memberi peluang keemasan buatnya untuk bergelar duta produk sukan iaitu Puma selama setahun.
Istimewa buat pembaca murai.com.my, Apex telah meluangkan masa untuk menjawab beberapa soalan mengenai pemilihannya sebagai duta jenama sukan terkenal itu.

Murai: Apa yang membuatkan Apex menerima tawaran untuk menjadi duta Puma?
Apex: Alhamdulillah, ia sudah tertulis untuk diri saya. Ianya sudah menjadi rezeki saya. Jadi tidak salah rasanya untuk saya menerima tawaran ini. Lagi pun, saya memang pengguna produk Puma. Terus-terang, saya memang meminati rekaan Puma yang ringkas dan menampak ciri-ciri dan identiti seorang atlet.


Murai: Benarkah Apex menerima tawaran ini kerana Apex dibayar lumayan?
Apex: Terpulanglah untuk orang menilainya. Saya menerima untuk menandatangani kontrak secara rasmi ini disebabkan saya merasakan saya patut untuk mencuba. Dalam erti kata yang lain, mencuba bidang baru.Lumayan atau pun tidak, saya merasakan ia cukup berbaloi berdasarkan komitmen saya dengan jenama ini.

Murai: Adakah benar Apex dibayar lebih setengah juta ringgit hanya untuk menjadi duta Puma?
Apex: Kelakar pula saya mendengarnya. Andaikata apa yang dikatakan anda ini benar, mungkin juga saya tidak perlu lagi bekerja keras untuk mencari rezeki. Sejujurnya, apa yang anda dengar itu tidak benar sama sekali. Saya pohon maaf kerana saya tidak boleh memberitahu nilai bayaran yang saya terima dari Puma. Apa yang boleh saya katakan adalah bayaran yang saya terima berbaloi dengan komitmen yang diperlukan pihak Puma dari saya.

Murai: Selain menggunakan atau memperagakan jenama Puma, tidakkah Apex terfikir atau mahu mencipta sendiri jenis pakaian sukan di bawah jenama terkenal ini mengikut citarasa Apex?

Apex: Jika benar peluang ini datang, saya akan gunakannya sebaik mungkin. Selain bekerja tetap sebagai penjaga gol kebangsaan, saya juga membuka perniagaan secara kecil-kecilan iaitu menjual baju secara online. Oleh itu, saya memang berminat untuk menghasilkan produk sukan sendiri. InsyaAllah, ia akan menjadi kenyataan kerana idea ini sedang dalam perbincangan lagi. Saya berharap agar ia mendapat sambutan jika impian saya menjadi realiti.

Murai: Selain Puma, adakah Apex bakal menjadi duta produk yang lain?
Apex: Syukur Alhamdulillah, sekarang ini saya masih mempertimbangkan lagi tawaran lain sebagai duta. InsyaAllah, jika sudah tiba masanya nanti, saya akan beritahu kepada umum terutama sekali penyokong saya. Apapun, saya berterima kasih kepada semua yang telah menyokong dan mempercayai bakat saya dalam bidang bola sepak. Tanpa anda semua, mungkin saya tidak peroleh semangat sebegini. Terima kasih daun keladi, jangan lupa menyokong lagi.

Sumber

Kataku:
Untunglah, orang terkenal boleh jadi duta. Rebut je la peluang dah depan mata. Lumayan woo jadi duta ni.

Layarkan mimpi tatkala mata terkatup. Kita hanya mampu bermimpi je. Ok la tu, dapat juga bermimpi. Haha~

Sampai jumpa lagi. Majulah sukan untuk negara.

Monday 12 March 2012

Malek Noor Akhiri Zaman Bujang, Pilih Pakar Pediatrik

Malek Noor akhiri zaman bujang, pilih pakar pediatrik

12 Mac 2012
malek kahwin





KOTA BHARU - Hanya dengan sekali lafaz, bekas jaguh bina badan Asia, Datuk Malek Noor kini sah bergelar suami kepada seorang doktor pakar kanak-kanak, Dr Wan Asma Wan Ismail, pagi ini.

Majlis akad nikah yang berwalikan bapa Dr Wan Asma, Wan Ismail Wan Ahmad, 86, itu diadakan di Penthouse Kelantan Trade Centre (KTC) milik doktor pakar berusia 52 tahun itu.

Malek, 56, melahirkan rasa syukur di atas ikatan yang terbina dan berharap ia adalah perkahwinan pertama dan terakhir baginya.

“Ketika menunaikan umrah 12 Mac tahu lalu saya memohon kepada Allah agar mempertemukan jodoh dengan wanita yang solehah, dan alhamdulillah dimakbulkan.

“Hari ini dipilih bersempena dengan tarikh tersebut,” katanya selepas majlis akad nikah berkenaan yang diadakan kira-kira jam 11 pagi.

Menurut Dr Wan Asma yang juga ibu kepada tujuh anak berusia antara 11 hingga 30 tahun, dia tidak menyangka perkenalan selama tiga bulan akhirnya menyatukan mereka.

Mengimbau kembali detik pertemuannya, Dr Wan Asma berkata dia mula berhubung dengan Malek selepas tidak dapat menghadiri majlis penerangan produk kesihatan di Kota Bharu pada November lalu.

“Saya kemudian menghubunginya untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk tersebut kerana Abang (panggilan mesra untuk Malek) bertindak sebagai duta produk berkenaan,” katanya.

Dr Wan Asma berkata, walaupun jarang berjumpa, telefon menjadi penghubung utama sehingga Malek datang berjumpa ayahnya untuk merisik pada Februari lalu.

Menurut Wan Asma, dia dan Malek masing-masing mempunyai komitmen di Kota Bharu dan Kuala Lumpur.

“Abang akan meneruskan perniagaannya di Kuala Lumpur dan saya akan terus dengan kerjaya di Hospital Pakar Perdana di sini,” katanya.

Dr Wan Asma yang kini mempunyai empat cucu bercerai pada Jun 2009 berharap perkahwinan kali ini kekal dan gembira kerana mendapat restu semua anaknya.


Kataku:

Selamat pengantin baru dan selamat berbahagia =)

Pelajar IPTA Tinggal Mesej Sebelum Ditemui Mati

Pelajar IPTA tinggal mesej sebelum ditemui mati

13 Mac 2012
GEORGETOWN - Pelajar lelaki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di sini ditemui mati selepas terjatuh dari tingkat 10 pangsapuri Desa Universiti di Sungai Dua di sini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata pelajar berusia 23 tahun itu ditemui mati oleh rakan sebiliknya pada pukul 1.30 petang di kawasan
halaman bawah pangsapuri itu.

Katanya, lelaki terbabit sebelum itu dikatakan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada rakan sebiliknya meminta dia menyelesaikan semua urusan
yang ditinggalkan selepas 'ketiadaannya'.

Beliau berkata rakannya yang ketika itu berada di kampus terus bergegas pulang dan mendapati lelaki terbabit mati dalam keadaan berlumuran darah di kawasan halaman pangsapuri itu.
Pelajar tahun akhir jurusan Fizik itu juga dikatakan memohon maaf kepada ahli keluarganya di laman sosial Facebook sebelum kejadian.

Kong Meng  berkata, siasatan awal polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut dan mayat pelajar itu telah dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital
Pulau Pinang untuk bedah siasat. - Bernama

Kataku:

Jangan ambik jalan mudah. Banyak lagi cara nak selesaikannya.

Thursday 8 March 2012

Hotlink Maxis Pelan Baru yang Best

Maxis perkenal pelan hotlink Bagus
Wartawan Sinar Harian
7 Mac 2012
Maxis perkenal pelan hotlink Bagus

















Peneraju perkhidmatan prabayar nombor satu negara, Maxis Berhad (Maxis) melancarkan pelan semua dalam satu, Hotlink bagus yang disasarkan kepada golongan muda, eksekutif muda, pelajar dan pelancong luar.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Sandil Das, berkata, pelan terbaru Hotlink bagus ini satu-satunya pelan semua dalam satu yang memberikan pelanggan akses kepada kadar terendah sedia ada dalam negara.

“Dengan harga RM5 pelanggan akan dapat menikmati lima kategori perkhidmatan seperti panggilan suara, sistem pesanan ringkas (sms), Internet, panggilan terus antarabangsa (IDD) dan perantauan,”katanya pada majlis pelancaran di Petaling Jaya, semalam.

Panduan Buat Kad Kahwin

Jakim: Kad kahwin patut elak guna ayat suci al-Quran

5 Mac 2012
JAKIM
















KUALA LUMPUR - Perbuatan mencetak ayat al-Quran dan hadis Nabi S.A.W pada kad jemputan kahwin boleh menjejaskan kesucian Islam jika kad-kad itu dibuang merata-rata, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha.

Beliau berkata tindakan tersebut juga mungkin boleh dikategorikan sebagai menghina ayat-ayat al-Quran. 
 
"Istilah-istilah suci dalam Islam seperti Bismillah, Assalamualaikum dan sebagainya tidak boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya kerana dikuatiri akan disalah guna dan diletak di tempat yang tidak sewajarnya," katanya kepada Bernama hari ini.
 
Namun Othman berkata pihak yang terlibat meletakkan ayat-ayat suci al-Quran dan hadis pada kad jemputan kahwin dipercayai berniat baik iaitu ingin memberi peringatan dan berdakwah kepada orang lain, bagaimnapun ia patut dielakkan.
 
"Jika bertujuan untuk memberi pengingatan hanya memadai dengan menulis maksudnya sahaja," jelasnya.
 
Beliau juga berkata pihak yang menerima kad jemput kahwin yang tertulis ayat al-Quran sepatutnya lebih prihatin dan menjaga kesucian ayat-ayat tersebut  dengan tidak membuang bahan yang mengandunginya di merata-rata tempat.
 
Katanya mengikut Garis Panduan Penapisan Bahan-bahan Penerbitan Berunsur Islam yang dikeluarkan Jakim, perbuatan membuang bahan-bahan yang mengandungi ayat-ayat al-Quran boleh dikategorikan sebagai perkara yang menyentuh kesucian Islam.
 
Beliau berkata pelupusan bahan-bahan penerbitan yang mengandungi ayat-ayat al-Quran sepatutnya dibuat mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri.
 
Sementara itu seorang pembuat kad perkahwinan, Mohd Natasha Md Nasir berkata pihaknya sentiasa menasihatkan pelanggan yang ingin mencetak istilah suci termasuk Bismillah supaya tidak berbuat demikian.

"Kalau ada pelanggan yang hendak cetak Assalamualaikum dalam tulisan jawi pun kita tak galakkan, sebaliknya kita cadang supaya ditulis dalam tulisan rumi sahaja," katanya. 
 
Seorang lagi pembuat, Nor Azli Masrudin berkata pihaknya akan turut menerangkan kepada pelanggan tentang pro dan kontra mencetak kalimah suci pada kad jemputan kahwin.
 
"Kita akan sediakan format standard, tapi kalau pelanggan nak juga cetak kalimah-kalimah suci kita kena ikutlah," katanya. - Bernama

Sumber
  • Zachary ·
    Mmg patut dielakkannnnnn...bgmna pemberian spt buku doa, buku yassin, yg diletak dlm pek gift, tp kdg, tetamu x sedar, campak atas tanah, bawah kaki kat meja mkn, dan pelbagai lg...
  • Khairudin Al-Limbati · 
    "Istilah-istilah suci dalam Islam seperti Bismillah, Assalamualaikum dan sebagainya tidak boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya kerana dikuatiri akan disalah guna dan diletak di tempat yang tidak sewajarnya," kata Ketua Pengarah JAKIM kepada Bernama hari ini
  • Zahrim Bee Bit ·
    memang sepatutnya kita peka.. jgn asyik seronok nak buat kenduri sehingga terleka akan hal secekil ini... sama la jg membawa Al Quran mini dan Surah Yasin di dalam beg baju atau beg tangan... tidak diletakkan bersepah dan menyebabkan dilangkah tanpa sengaja oleh orang...
  • Melati Sumari
    Sangat setuju... kad kahwin ada ayat Quran tapi kadang tu majlis nya masyaAllah- si pengantin mendedah aurat,
  • Fa Squall
    JAKIM sepatutnya tulus mengeluarkan kenyataan...kad kawen dbuang merata2??? sy jarang tengok...malahan kad kawen elok dletak dlm sampul surat...dgn pewangi lg...pembaca kad kawen siap cium lagi....sy rase JAKIM sepatutnya MENEKANKAN penggunaan ayat2 suci dalam surat khabar...kerana surat khabar la byk dijadikan alas...bungkus itu ini...maka colum Islamik dalam surat khabar perlu diteliti dr segi penggunaan ayat2 suci malahan nama Allah itu sendiri...
  • Shahrul Effandi 
    SOKONG 100% disusuli dgn kempen besar-besaran supaya masyarakat Islam mengetahui dan memahami kesannya ! Tak ada keperluan pun mencetak ayat-ayat suci tanpa memahami dan mengamalkannya....
  • Ustaz Fauzi
    o.k bagus tu..
  • Mohd Shlim
    mnchtak ayt Al Quran pd kd jmptn khwn jka kd tu di bung mrta tmpat bolh mnjjas ke scian islam

Kataku:

Rasanya ramai yang tak tahu, jadi aku kongsikan.
Semoga bermanfaat bersama =)

Pemain Kelantan, Daudsu Kemalangan!

Daudsu kemalangan, rugi RM200,000
Wartawan Sinar Harian
7 Mac 2012
Daudsu kemalangan, rugi RM200,000


















KOTA BHARU - Pemain pertahan Kelantan, Daudsu Jamaluddin, 27, terlibat dalam kemalangan selepas dikatakan gagal mengelak sebuah motosikal yang membuat pusingan U di Jalan Pengkalan Chepa-Kota Bharu di sini, malam kelmarin.

Bagaimanapun beliau bersama isteri, Nursyahmina Rasudin, 26 serta anaknya, Nik Dhiya Qistina, 18 bulan tidak mengalami sebarang kecederaan dan hanya menerima rawatan pesakit luar di Hospital Pakar Perdana.

Menurutnya, semasa kejadian pada jam 8.15 malam, dia yang menaiki kereta jenis Mistubishi Lancer menghala ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, untuk menghantar isterinya ke Kuala Lumpur atas urusan peribadi.

“Ketika sampai di selekoh berhampiran kem tentera Markas Lapan Briged, saya nampak sebuah motosikal dan seorang lelaki terbaring di atas jalan selepas dikatakan dilanggar sebuah kereta Iswara dari arah jalan yang sama, bagi mengelak melanggarnya, saya cuba pusing stereng kereta ke tepi tetapi tindakan saya itu menyebabkan kereta saya terbabas.

“Ini merupakan kejadian pertama yang melibatkan saya dan keluarga dalam kemalangan seumpama ini selepas empat tahun menggunakan kereta ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Daudsu berkata, walaupun terkejut dengan kejadian itu, dia masih bersyukur kerana anak serta isterinya terselamat.

“Kerugian dianggarkan lebih RM200,000 berdasarkan kerosakan dan nilai sebenar kereta terbabit iaitu RM124,000.

“Apa pun kejadian ini tidak akan saya lupakan kerana ia turut melibatkan keluarga, namun saya masih bersyukur kerana mereka selamat,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Assistan Komisioner Azham Othman berkata, kemalangan melibatkan dua kenderaan dan sebuah motosikal.

“Mangsa yang menaiki motosikal dikatakan membuat pusingan U dirempuh kereta Iswara dari Kota Bharu ke Pengkalan Chepa yang gagal mengelak lalu melanggar mangsa sementara kereta yang dipandu Daudsu yang berada pada arah yang sama, gagal mengelak motosikal yang dilanggar lalu terbabas ke tepi jalan.

"Lelaki terbabit mengalami kecederaan di kepala dan kini ditempatkan di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ II) serta dilaporkan stabil,” katanya.

Azham berkata, pemandu Iswara membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) sejurus selepas kemalangan.

“Kes disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
Sumber

Berhati-hati di jalan raya =)

Wednesday 7 March 2012

Himpunan MTUC Protes Menteri!

Himpunan MTUC protes menteri 30 Mac
Wartawan Sinar Harian
7 Mac 2012
Dr S. Subramaniam
SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan mengadakan Himpunan Pekerja pada 30 Mac ini membantah pendirian Kementerian Sumber Manusia dalam beberapa isu berkaitan dengan Akta Kerja dan masa depan kesatuan sekerja.

Himpunan Pekerja bagi melahirkan pendirian protes itu akan diadakan di pekarangan Kementerian Sumber Manusia di Putrajaya.
Tarikh mengadakan perhimpunan itu diputuskan pada mesyuarat jawatankuasa tindakan yang dipengerusikan oleh Awang Ibrahim, petang semalam.

Awang, yang juga Setiausaha Kewangan MTUC berkata, Himpunan Pekerja itu selaras dengan ketetapan sudah hilang keyakinan dengan kepimpinan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S. Subarmaniam, yang dicapai oleh badan induk kesatuan sekerja itu dua minggu lalu, berikutan siri isu berkaitan dengan penubuhan kesatuan sekerja dalaman di beberapa syarikat berkaitan kerajaan dan pindaan Akta Kerja yang diluluskan Parlimen tahun lalu.

"Kami tidak menamakan piket, tetapi beri nama Himpunan Pekerja, bertujuan membantah tindak tanduk Kementerian Sumber Manusia dan Menteri Sumber Manusia dalam isu-isu seperti pindaan Akta Kerja, penubuhan kesatuan sekerja dalaman dan beberapa isu lain," kata beliau ketika dihubungi.
Awang berkata perhimpunan itu, yang akan disertai oleh ahli dan penyokong MTUC dari seluruh negara, akan diadakan jam 3 petang.

Baru-baru ini, Presiden MTUC Khalid Atan memberitahu Sinar Harian bahawa pihaknya mengambil pendirian hilang kepercayaan ke atas kepimpinan Dr Subramaniam sebagai Menteri Sumber Manusia berikutan sikap beliau yang didakwa tidak menunjukkan keseriusan dalam menyelesaikan beberapa perkara berkaitan dengan pekerja-pekerja negara ini.

Sehubungan itu kata beliau, MTUC akan menulis surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mendapatkan kerjasama beliau dan campur tangan menyelesaikan perkara-perkara berbangkit dengan segera agar ia tidak memburukkan kepentingan rakyat khususnya pekerja negara ini.

Semalam, Dr Subramaniam selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Penasihat Buruh Kebangsaaan mengumumkan pengecualian semua sektor selain perladangan daripada pemakaian peruntukan berkaitan kontraktor tenaga kerja, salah satu peruntukan baru dalam Akta Kerja yang dipinda tahun lalu.
Ia susulan protes dan siri piket MTUC sejak akhir tahun lalu.
"Perkara ini akan dilaksanakan menerusi Perintah Pengecualian mengikut Seksyen 2B Akta Kerja 1955 yang mana ia merupakan cadangan daripada pihak MTUC," katanya
Dr Subramaniam berkata, keputusan itu diambil bagi menyelesaikan kemelut berikutan bantahan MTUC terhadap pindaan melibatkan Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2011. Ia diluluskan Parlimen pada Disember 2011.

Menjawab perubahan pendirian Kementerian Sumber Manusia itu, Awang berkata:
"Jawatankuasa Tindakan membuat keputusan berdasarkan apa yang telah diputuskan sebelum ini, dalam mesyuarat Majlis Am. Bermakna tindakan protes terhadap Menteri Sumber Manusia dan Kementerian Sumbe Manusia akan diadakan 30 Mac ini."

"Melainkan Majlis Am atau Jawatankuasa Eksekutif mahu mengubah pendirian ini. Itu diserahkan kepada Majlis Am dan Jawatankuasa Eksekutif," katanya.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung MTUC Abdul Halim Mansor berkata, beliau belum laporan daripada Jawatankuasa Tindakan.

"Jawatankuasa Tindakan akan menyerahkan laporan dan kami akan mengambil kira perkembangan terbaru termasuk pengumuman Menteri Sumber Manusia semalam dalam menentukan tindakan-tindakan susulan," katanya lagi.


Kataku: 

Semua dapat selesaikan dengan baik =)

Tuesday 6 March 2012

Lepaskan, Jangan Gigit Jariku


Assalamualaikum.

Aku jumpa video ni yang sangat comel. Rasa macam nak ambil kedua-dua budak ni jadi anak angkat je. Hehe~

Video yang diletakkan di You Tube ini dikatakan ditonton sebanyak 500 juta, sejak 4 tahun yang lalu. Banyak tu. So, apa lagi, jom la tonton =)

20 Perkara Penting Perlu Ada dalam Blog




Assalamualaikum.

Semalam, dalam entri 4 Panduan Menjadi Blogger Hebat, aku ada cerita mengenai kesukaran dan banyak benda yang aku kena edit untuk blog Shadreamy.

Kali ini aku mahu kongsikan apa yang korang perlu tahu dan buat untuk blog anda.


1. Header
– Alhamdu lillah, ada blogger baik tolong buatkan. Terima kasih Along =) [belum digunapakai lagi]
        Pesanan Adam: jangan gabungkan tag-line dengan header supaya dapat dibaca oleh google crawl bots. 

2. Iklan – aku belum masukkan iklan lagi dalam blog ini. Iklan adalah menjana pendapatan tetapi masalahnya trafik pun belum ada untuk blog ini, biarlah dulu. Nanti ada masa banyak, boleh terus edit dan masukkan iklan.

3. Tab menu/pages – Kat sini, senang orang nak cari keywoerd tertentu seperti isu blogging. Dah ada sikit. Lagipun blog Shadreamy masih baru. Kira ok la ada juga. Hehe~

4. Read more – tak berkenan pula aku nak letak, malas nak klik-klik lagi. Nak baca je terus. Tapi kalau ada gambar yang banyak, memang aku akan buat read more sebab nak elakkan daripada masalah load blog berat.


5.
About me/profile – Sesetengah pembaca berminat untuk mengetahui latar belakang anda. Aku belum buat. Mungkin nanti aku akan buat juga.

6.
Follower/Fanpages
      Follower site ada tapi fan page belum ada. Kata Adam, kena ada untuk promosikan blog.
.      
7. Blog archieve/sitemap – dah ada. Sitemap malas la nak buat, pening nanti.

8.  List entri top post/Tutorial/tips
     Pembaca akan terus mengeklik di sana. Tak perlu pergi jauh-jauh. Top post dah ada tapi belum masukkan tutorial dan tips, macam mana nak buat ya? Kena google dulu ni.


9. Search box – So far, tak pasang lagi. Kena pasang sebab memudahkan orang mencari kata kunci di blog kita.

10.  Bloglist – Sudah ada cuma belum bertukar-tukar bloglist dengan rakan-rakan =)

 11.   Button like and send fb/tweet/plusone
-Button like and send fb sudah diapplikasikan. Jadi, sila klik. Hehe.
-Twit belum nak letak. Perlu ke buat dua akaun Twit?
-Plus one yang auto dah ada. Yang box punya belum ada. Kena search tutorial ni.

12.   Analytics/online user
-Malas nak letak kalau blog tak banyak trafik. Nanti pengunjung rasa keseorangan sahaja. Mesti dia rasa segan.


13.   Shoutbox
-Belum letak. Nanti nak daftarkan. Nak masukkan fibox je, senang dan mesra pengguna. Kalau cbox, leceh nak kena isi-isi butiran. Ini tutorial fibox

14.   Meta tag
-Ada tutorial pasal ni. Tapi untuk blog Shadreamy belum buat. Nak kena fikir apakah core pengisian blog ini.

15.   Verification webmaster tools/ Alexa
Blog Shadreamy belum letakkan.

16.   Reply to comments/ numbers of comment
-Reply to comment tak buat kot. Malas. Hehe~
-Numbers of comment kan ada kat tempat komen. =)


17.   Open New Tab
–Kita klik, ia akan buka tempat yang diklik tanpa tinggalkan tempat yang sedia ada.
 Memang nak buat ni kat blog Shadreamy. Tengah cari kat tutorial tapi belum jumpa. Ada sesiapa tahu tak?

18.   Tarikh dan masa entri
-Su- dah disetkan dengan cantik =)

19.   Button back to top
Perlu ke? Pernah guna dulu tapi buang. Sebab tak nak beratkan blog.

20.   Lesen Karya dan Keselamatan
_mana nak cari ni? Hehe~


Sumber

See, banyak kan nak kena buat untuk sebuah blog itu mantap dari segi template dia je. Nanti aku tambah senarai aku pula.

Setakat ini dahulu. Aku pun ada list apa yang perlu aku lakukan untuk sesebuah blog tu supaya dapat kelihatan seperti blog yang telah sedia untuk diterokai dan bersaing dalam dunia blog.


Kesimpulan

Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Mereka yang berjaya pun bermula dari bawah dan susah payah dilalui.


Layarkan mimpi pabila mata terkatup. Mimpi nak blog mantap, tinggal nak isi dengan entri je. Hehehe~

Monday 5 March 2012

4 Panduan Hot Menjadi Blogger Hebat




Assalamualaikum.

Minta maaf kerana lama tidak singgah dan mengup date entri di blog ini. Aku terlalu leka dengan blog yang satu lagi, Sha My Heart. Apanya tidak, banyak sudah pengorbanan yang aku lakukan untuk blog itu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan orang lain. Tapi nampaknya belum lagi nak sama duduk dengan mereka yang hebat.

Oleh itu, aku ada buat sedikit rumusan untuk sama-sama kita maju dalam bidang blog:

4 Panduan hot menjadi Blogger Hebat

Blog -Edit


Untuk blog ini, ianya menuntut banyak perkara yang perlu dilakukan. Maka aku jadi malas untuk menggerakkan blog yang masih baru seperti ini. Terlalu banyak yang perlu didaftarkan, diedit itu ini. Hehe~ Korang jangan tiru sifat kemalasan itu. Korang kena rajin, k.


Follower

Oh ya, terlupa pula, aku tidak mengon line kan diri selama hampir sebulan pada bulan Januari. Apabila ada kesempatan sekali sekala, blog kesayanganku lah ditujui dahulu. Bukannya tidak sayang pada blog ini. Sayang juga tetapi mestilah lebih sayang kepada sebuah blog yang mana setiap hari dapat hampir 10 pengikut baru. Lagi pula Sha My Heart sudah ada pengikut setia yang menantikan up date dariku.

Biarlah ada follower blog kita tu, baru bersemangat sikit nak berblog kan? Tak ada follower? Cari je kat group blogger di facebook. Pandai-pandailah pancing. Hehe~


Rapat dengan blogger hebat

Hari ini, malam ini aku teringin menjadi blogger yang hebat seperti mereka yang sudah mencipta nama. Ya, aku tahu semua itu bukanlah hanya dengan satu dua entri. Banyak usaha yang perlu dilakukan.

Sehubungan dengan itu, aku akan cuba rapat-rapatkan diri dengan blogger hebat, supaya aura mereka melekat kepadaku. Hehe, gurau je. Aku nak rapat tu maksudnya aku nak tahu apa yang mereka buat sampai berjaya.


Ramah

Aku rasa usaha ke arah itu terbuka luas tambahan pula aku sudah mempunyai beberapa rakan blogger yang hebat. Mujur juga aku tidak lagi seorang yang sangat pemalu seperti masa sekolah dahulu. Aku ramah sahaja menyapa. Maka lebih mudah untuk aku rapat dengan sesiapa.

Kalau ada orang kunjung blog korang, sila la balas balik kunjungan tu. Komen-komen blog dia.


Kesimpulan

Siapa pun anda ada kaitan dengan blogger hebat, selagi tiada usaha sendiri, tiada siapa dapat membantu.
Kita boleh belajar daripada mereka tetapi kita kena buat sendiri.

Happy blogging.

Layarkan impian tatkala mata terkatup.