Monday 14 November 2011

Komenlah Elok-elok

Assalamualaikum.

Korang tau tak, apabila orang mengomen entri kita dengan merapu dan jawab entah apa-apa, rasa annoying je. Aku tak kisah kalau diorang nak merapu sebab kepala aku pun memang sewel-gila-gila bahasa. Tapi rasa sangat jerk dan jijik pula bila komen nak tunjuk diri pandai dan entah apa-apa.

-Ada juga yang komen sekadar nak balas komen je. Erm, bosan la nak membaca apatah lagi nak menjawab soalan dan mengomen diorang tu. Komen tak ikhlas, kita nak membaca pun rasa malas.

-Ada juga jenis nak tunjuk perasaan. Orang tanya sikit je, marah. Ah, menyampah la.


Nasib baik la ada blog ni, kan? Sekurang-kurangnya ada juga tempat untuk aku meluahkan perasaan.

So, kalau nak komen, sila la jaga hati dan perasaan si penulis blog. Apa, ingat dia tak ada perasaan ke? Suka hati je. Ikutkan hatiku ini, malas nak kunjung balik ke blog diorang tu. Tapi memandangkan aku ni blogger terkenal juga maka, aku pun kena la lawat balik.

Jadilah blogger yang disenangi ramai =)

Izinkan undur diri.

Jaga diri

Sha Dreamy

Blog Baru, Selamat Datang




Assalamualaikum

Selawat dan syukur didahului. Akhirnya, niat untuk mempunyai blog sendiri yang kedua termakbul. Alhamdu lillah.


Tujuan


Tujuan aku buat blog ni adalah kerana aku nak luahkan apa-apa kat sini. So, far aku tak rasa nak buat blog ni top. Biar biasa-biasa sudah.

Aku rasa tak nak masukkan shoutbox. So far la.


Kenapa blog baru?

1. Silent reader (stalk blog)

Blog lama a.k.a blog famous amos tu terlalu ramai orang ambik tau. Rimas aku weh.
 Hari ni pula aku dapat tau ada yang selalu singgah blog aku tu tapi tak komen, atau ada yang jadi Anonymous (tanpa nama).

Korang tau tak, siapa yang aku syak? Erm, my ex-lovely bf. Ooh, mahu juga kau ambil tahu pasal aku lagi kan? Serius, aku rasakan ianya dari dia. This is good sign? Yes, of course =)


2. Bebas

Aku nakkan kebebasan. Aku dah tak boleh nak buat suka hati aku kat blog tu. Banyak hati dan perasaan yang aku kena jaga. Lagi pun ramai yang kenal aku secara personal. Memang sangat rimas, doh.


3. Komen

Aku dah mula rasa sakit hati bila ada orang komen bukan-bukan. Eh, suka hati aku la, aku nak minat sape, nama pun minat. Bukannya gile nak-kahwin. Lepas tu, boleh pula dia sibuk-sibuk nak ambik tau. Hiissshh.

Ada juga sekadar nakkan trafik dari blog aku. Bukan aku kedekut tapi rimas bila ada yang pilih jalan mudah, memang bengang jugak la. Hello, aku pun susah payah nak naik dalam dunia blog ni. Kalau dia minta elok-elok dan buat link mana yang patut je tak pe. Tapi sampai berderet, semua entri dia linkkan ke blog aku tu, memang melampau la.


Kesimpulan


Kesimpulannya, buatlah blog baru kalau blog lama sudah tidak kompetent untuk memberi ruang untuk anda berkongsi sesuatu dengan bebas.

Setakat ini dulu, izin undur diri.

Jaga diri.

Shadreamylady.