Tuesday, 24 January 2012

Kecik Punya Hal Pun Nak Kecoh



Assalamualaikum.

Kadang kala perkara kecil pun dijadikan masalah. Pasal rumput tumbuh atas tanah pun nak bergaduh dan bermasam muka sesama kejiranan. Kadang-kadang lucu juga memikirkan betapa rendahnya nilai maruah sesetengah orang.
Kadang kala, kita tak perlu turut sama terlibat walaupun kita dilibatkan. Ambil langkah mengalah atau membawa diri daripada terjerumus dalam kancah kebodohan yang mana akan membodohkan diri dengan hal-hal remeh.

Kalau kita semuanya ahli masjid dan menghayati saranan agama betul-betul, perkara ini dapat dielak. Contohnya, beristighfar 70,000 kali sehari untuk meminta keampunan Tuhan supaya rahmat-Nya dibukakan kepada kita. Kalau 70 ribu kali, adakah masa kita terbuang dan memikirkan masalah serta memakan daging saudara sendiri (mengumpat)? Nak buat tujuh kali pun sukar apatah lagi 70,000 kali. Kalau tak boleh buat semua, jangan tinggalkan terus, ya. Dekatkan diri dengan-NYA.

7 comments:

Firdaus® said...

hahahha entry ni buatkan aku teringat kisah dr.mashitah siap saman2 jiran sebelah sebabkan pokok..ehhehe... nice blog..

do follow my blog ye~

sha my heart said...

firdaus: lor, kat Malaysia pun ada juga? tak tahu pula kes ni.. biasanya dengar kat luar negara je, terutamanya negara orang putih.

iya la, kalau ada masa. pasti follower ko akan naik cepat.

Ahmad Ali (bukan nama sebenar) said...

betul2

Sam Banjamin said...

banyak masa terluang dihabiskan dengan mcm2 hal tak berfaedah.... baik banyakkan berzikir... hati tenteram je.... tak de fikir nak gaduh2 walau dgn hal2 yg remeh2....

shadreamy said...

Firdaus: ye ke? Tanya sama pokok. Hehe~

terima kasih, akan menyusul ke blog anda =)

shadreamy said...

Ali: ya =)

shadreamy said...

Sam: betul2..
jom berzikir =)