Monday 12 March 2012

Pelajar IPTA Tinggal Mesej Sebelum Ditemui Mati

Pelajar IPTA tinggal mesej sebelum ditemui mati

13 Mac 2012
GEORGETOWN - Pelajar lelaki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di sini ditemui mati selepas terjatuh dari tingkat 10 pangsapuri Desa Universiti di Sungai Dua di sini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata pelajar berusia 23 tahun itu ditemui mati oleh rakan sebiliknya pada pukul 1.30 petang di kawasan
halaman bawah pangsapuri itu.

Katanya, lelaki terbabit sebelum itu dikatakan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada rakan sebiliknya meminta dia menyelesaikan semua urusan
yang ditinggalkan selepas 'ketiadaannya'.

Beliau berkata rakannya yang ketika itu berada di kampus terus bergegas pulang dan mendapati lelaki terbabit mati dalam keadaan berlumuran darah di kawasan halaman pangsapuri itu.
Pelajar tahun akhir jurusan Fizik itu juga dikatakan memohon maaf kepada ahli keluarganya di laman sosial Facebook sebelum kejadian.

Kong Meng  berkata, siasatan awal polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut dan mayat pelajar itu telah dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital
Pulau Pinang untuk bedah siasat. - Bernama

Kataku:

Jangan ambik jalan mudah. Banyak lagi cara nak selesaikannya.

No comments: